Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa yang sementara.
Ciri-ciri
- Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.
- Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.
- Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.
- Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar meniru perlakuan orang lain.
- Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.
- Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.
- Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.
- Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.
- Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.
- Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain.
- Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
- Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang orang lain.
No comments:
Post a Comment