Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.
Ciri-ciri
- Keliru dengan arah kiri dan kanan.
- Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
- Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
- Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.
- Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.
- Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
- Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.
- Keliru dengan nombor-nombor.
- Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.
- Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara berulang-ulang.
- Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
- Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.
- Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.
- Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.
No comments:
Post a Comment