selamat datang ke blog saya

welcome to my blog

Monday, 17 December 2012

DUNIA MEREKA.......


                         

    

          

     


SINDROM DOWN




Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.

Ciri-ciri
  1. bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikhantik pada sudut dalam mata
  2. hipotonia otot (poor muscle tone)
  3. batang hidung leper
  4. satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian)
  5. lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil)
  6. leher pendek
  7. tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield
  8. lentur melampau pada sendi
  9. kecacatan jantung kongenital
  10. jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya

LEMBAM/SLOW LEARNER




Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.

Ciri-ciri
  1. Bermasalah mengenal bentuk huruf.
  2. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
  3. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
  4. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.
  5. Membaca setiap perenggan terlalu lama.
  6. Ejaan perkataan seringkali salah.
  7. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.
  8. Lambat sewaktu menulis.
  9. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.
  10. Mempunyai konsep kendiri rendah.
  11. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar.
  12. Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.


HIPERAKTIF




Hiperaktif  merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa yang sementara.

Ciri-ciri
  1. Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.
  2. Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.
  3. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.
  4. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar meniru perlakuan orang lain.
  5. Dapat melakukan setuatu  kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.
  6. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.
  7. Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.
  8. Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.
  9. Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.
  10. Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain.
  11. Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
  12. Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang orang lain.

DISLEKSIA




Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ciri-ciri
  1. Keliru dengan arah kiri dan kanan.
  2. Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
  3. Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
  4. Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.
  5. Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.
  6. Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
  7. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.
  8. Keliru dengan nombor-nombor.
  9. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.
  10. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara berulang-ulang.
  11. Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
  12. Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.
  13. Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.
  14. Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham. 

AUTISME

 


Autisma  bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.Tiada ubat dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.Autisma  melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi. 



Ciri-ciri

1.      Pola perlakuan yang unik :
  • Penerimaan deria yang aneh.
  • Sering membuang masa kepada sesuatu objek yang tidak diketahui fungsinya dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
  • Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar dipisahkan daripadanya.
  • Rutin harian yang dirancang secara detail.
2.      Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling :
  • Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat dan tidak berminat dengan kemahiran yang diajar.
  • Suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti apabila ditegur.
  • Suka bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya berinteraksi bila di dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu yang disukai.
  • Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah mereka melihat menembusinya.
3.      Gemar memeriksa anggota badan seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru dan pelik

4.      Mengalami masalah pertuturan :
  • Sering mengulangi soalan yang diajukan.
  • Suka meniru percakapan orang lain.
  • Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu perkataan.
5.      Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal :
  • Meletuskan kemarahan yang amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan perlakuan agresif.
  • Ianya berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi atau dilarang dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu.
  • Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
  • Tidak tahu erti bahaya dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya.
6.      Intelek yang luar biasa walaupun autisma :
  • Mereka meminati matapelajaran Matematik.
  • Gemarkan permainan seperti ‘Jigsaw Puzzles’.
  • Suka menyanyi atau mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis muzik.
  • Boleh menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya.
  • Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa.
     7.   Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin. 




1001 CABARAN MENGAJAR KELAS PENDIDIKAN KHAS


  • Berhadapan pelbagai tingkah laku pelajar serta berhadapan dengan tindakan agresif sesetengah pelajar yang perlu ditangani dengan baik.
  • Memerlukan setiap guru malayani kerenah pelajar dengan penuh berhemah.
  • Guru Pendidikan Khas perlu pandai memujuk agar pelajar mereka tidak menjadi agresif apabila dimarahi guru mereka.
  • Mendidik pelajar kelas Pendidikan Khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran.
  • Kadangkala guru perlu berhadapan sikap ibu bapa yang menaruh harapan yang tinggi untuk mengubah anak-anak mereka.
  • Setiap pelajar mempunyai masalah yang tersendiri dan perlu difahami oleh guru kelas Pendidikan Khas.
  • Perasaan geli atau jijik tiada dalam kamus guru Pendidikan Khas.
  • Lazimnya guru kelas Pendidikan Khas akan melayani pelajar mereka sebaik mungkin bagaikan anak mereka sendiri.
  • Kadangkala guru Pendidikan Khas juga diancam oleh pelajar mereka yang tidak dapat dikawal.
  • Guru Pendidikan Khas sering dipandang serong meskipun dalam kalangan guru-guru.

STIGMA MASYARAKAT(ISU SISTEN SOSIAL)


Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu. Walaupun wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan, masing-masing masih dapat berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone.
Namun begitu, bagi golongan yang tidak berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi memandang rendah dan mendiskriminasi golongan berkenaan.
Di sekolah misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanak-kanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


 "Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."
 

CIRI-CIRI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS





Ciri-ciri Fizikal
  • Pelajar yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Pelajar ini tidak banyak beza daripada pelajar biasa.
Ciri-ciri Intelek

  • Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
  • Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-Ciri Tingkah Laku

  • Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
  • Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
  • Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
  • Minat pelajar ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

Kelas Pendidikan Khas membolehkan mereka :-

  • Menguasai kemahiran berkomunikasi
  • Menguasai kemahiran bergaul
  • Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
  • Menjaga keselamatan dan keselamatan diri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan kehidupan seharian
  • Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  • Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
  • Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
  • Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  • Mengembangkan potesni, bakat dan daya kreatif dan intelek
  • Membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELJARAN




Definisi

Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-
  • Kebolehan Kognitif
  • Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
  • Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
  • Keupayaan Membaca
  • Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
  • Kemahiran Matematik
Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

  • Lembam ( akibat kecacatan otak)
  • Autistik
  • Dowm Sindrom
  • Terencat Akal Ringan
  • Terencat Akal Sederhana
  • Hiper Aktif
  • Hipo Aktif
  • Cerebral Palsy
  • Emosi / Tingkah Laku
  • Pertuturan
  • Epilepsi
  • Pelbagai Kecacatan

Apa Itu Pendidikan Khas?

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah yang dikhususkan bagi murid-murid berkeperluan khas bagi kategori Pendengaran dan Penglihatan sahaja. Sekolah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Program Integrasi Pendidikan Khas

Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan, Pendengaran dan Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah.

Saturday, 3 November 2012

AKTIVITI LUAR KELAS


Kem Penghayatan Taman Laut di Pulau Tinggi













WARGA PENDIDIKAN KHAS SMK MERSING

PENAUNG  : Pn Hjh Zaliha binti Ismail
GPK 1  : En Azman bin Nasir
GPK HEM  : Pn Noreah binti Aman
GPK KOKU  : Pn Salmah binti Mohd Salleh
PENYELARAS  : Pn Che Maznah binti Ghazali
GURU PK  : Pn Norehan binti Mohd Nor
                       En Mohd Ridzuan bin Mohd Aziz
                       En Ahmad Faiz bin Mahmud
PPM : Pn Norhayati binti Zainal
            Pn Norhaslinda binti Alias
JUMLAH PELAJAR  : PKhas I ( 10 orang  )
                                        PKhas 2 ( 6 orang )